Tuesday, May 13, 2008
:::Lawatan Kerja BTPN Terengganu:::
::: Kursus Asas Excel :::
Thursday, May 8, 2008
::: Program Galakan Membaca :::
Wednesday, May 7, 2008
::: Bengkel Guru PSS :::
::: Staf Pusat Kegiatan Guru Kuah :::
::: Sekolah-sekolah Zon PKG Kuah :::
SEKOLAH-SEKOLAH KELOMPOK PKG KUAH
1. SMK Mahsuri
2. SMK Kelibang
3. SMK Langkawi, P. Tuba
4. SM Teknik Langkawi
5. SK Seri Negeri
6. SK Kelibang
7. SK Bayas
8. SK Sg. Menghulu
9. SK Langkawi
10. SK Kilim
11. SK Ldg Sg. Raya
12. SK Pulau Tuba
13. SK Selat Bagan Nyior
14. SK Lubuk Chempedak
15. SJK (C) Chung Hwa
16. SJK (T) Ldg Sg. Raya
:: Pengenalan ::

Kedudukan :

Pusat Kegiatan Guru Kuah adalah salah sebuah daripada 2 PKG yang terdapat di Pulau Langkawi dan merupakan satu-satunya PKG yang berbangunan sendiri di Pulau Lagenda ini. Terletak 2 km dari Jeti Kuah, berhadapan masjid Al-Hana’, Jeti Pelancongan dan Taman CHOGM, bersebelahan dengan Hotel Eagle Bay dan PPD Langkawi, 1 km dari Pusat Bandar Kuah dan 25 km dari Lapangan Terbang Padang Matsirat.
PKG Kuah diuruskan oleh 3 orang staf yang terdiri daripada dua orang Pegawai Teknologi Pendidikan dan seorang Pembantu Tadbir.
Tuesday, May 6, 2008
::: Selamat Datang :::
SEJARAH UMUM
Penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), selaras dengan pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Pada tahun 1986 nama PMD diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) di mana setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah.
TAKRIF PKG
Pusat Kegiatan Guru merupakan jalinan rangkaian prasarana pendidikan yang memberikan perkhidmatan kepada guru setempat bagi bagi hal-hal professional yang mengutamakan perlaksanaan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan selaras dengan falsafah pendidikan Negara.