Tuesday, May 6, 2008

::: Selamat Datang :::

Terima kasih kerana melayari blog Pusat Kegiatan Guru Kuah, Pulau Langkawi, Kedah

SEJARAH UMUM

Penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), selaras dengan pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986 nama PMD diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) di mana setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah.

Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG).

TAKRIF PKG

Pusat Kegiatan Guru merupakan jalinan rangkaian prasarana pendidikan yang memberikan perkhidmatan kepada guru setempat bagi bagi hal-hal professional yang mengutamakan perlaksanaan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan selaras dengan falsafah pendidikan Negara.


2 comments:

AZMI KAMAL said...

!azmi660524Salam,
Blog ok.
Tahniah.
Kalau ada portal lagi cantik

Yoep , Klang

AZMI KAMAL said...

Salam,
Kalau boleh dalam blog masukkan e-mail untuk dihubungi.